New Jersey Business Journal
SEE OTHER BRANDS

Exploring the business and economy news of New Jersey

Bitget Meningkatkan Kepercayaan dengan Chainlink Proof of Reserve

VICTORIA, Seychelles, Aug. 21, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, pertukaran mata wang kripto terkemuka dan syarikat Web3, telah mengumumkan penggunaan Chainlink Proof of Reserve di Ethereum untuk menyediakan ketelusan masa nyata bagi aset Bitcoin terbungkusnya, BGBTC.

Kerjasama ini turut menyokong penggunaan BGBTC yang semakin meluas dalam strategi hasil DeFi dan produk pinjaman BitVault Finance, membolehkan pelabur runcit serta institusi berinteraksi dengan aset tersebut dengan keyakinan bahawa sentiasa disokong secara telus dan boleh disahkan. Ketika teknologi blockchain mengubah cara kepercayaan dibentuk dalam pasaran kewangan, Bitget dan Chainlink bekerjasama untuk memastikan bahawa bukti bukan sekadar janji, tetapi boleh dibuktikan.

“Ketelusan amat penting dalam industri aset digital,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. "Dengan mengguna pakai Proof of Reserve terkemuka Chainlink, kami memberikan keyakinan yang kukuh kepada pengguna dan rakan kongsi institusi bahawa BGBTC sentiasa disokong secara telus dan boleh disahkan. Ini merupakan satu lagi langkah dalam misi kami untuk menyediakan produk Web3 yang selamat, telus dan inovatif."

Chainlink Proof of Reserve yang terkemuka memanfaatkan rangkaian oracle terdesentralisasi untuk mengesahkan baki rizab yang menyokong aset tokenisasi secara automatik. Dengan menerbitkan data onchain yang mencerminkan rizab aset dunia sebenar, Chainlink memastikan sokongan terhadap BGBTC boleh diaudit secara bebas pada bila-bila masa tanpa bergantung kepada pendedahan manual.

"Chainlink Proof of Reserve, yang menjadi penanda aras industri, menyediakan pemantauan masa nyata yang membolehkan pengguna mengesahkan cagaran aset secara bebas, sekali gus meningkatkan ketelusan dan kepercayaan terhadap produk onchain. Kami teruja dengan langkah Bitget mengintegrasikan Chainlink Proof of Reserve bagi menyokong BGBTC, yang membentuk rangka kerja kukuh untuk mendorong pertumbuhan berterusan dalam ekosistem DeFi," kata Johann Eid, Ketua Pegawai Perniagaan, Chainlink Labs.

Penggunaan Chainlink Proof of Reserve mengukuhkan komitmen Bitget untuk menetapkan piawaian yang lebih tinggi dalam ketelusan dan kepercayaan industri aset digital. Sebagai pelengkap kepada system Proof of Reserve sedia ada serta Dana Perlindungan terkemuka industri, integrasi ini memastikan pengguna dapat berdagang dengan keyakinan lebih tinggi, berasaskan jaminan bahawa aset mereka disokong dan boleh disahkan secara masa nyata.

Langkah-langkah ini secara keseluruhan memperkukuh kedudukan Bitget sebagai pertukaran yang mengutamakan keselamatan, dengan dedikasi penuh untuk melindungi kepentingan pengguna dalam landskap pasaran yang sentiasa berubah.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain.
Bitget Wallet yang dahulunya dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantaian blok dan berjuta-juta token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terulung Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan) untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila : hubungi media@bitget.com

Perihal Chainlink

Chainlink merupakan tulang belakang industri blockchain dan piawaian global dalam menghubungkan blockchain dengan data dunia sebenar, blockchain lain, kerajaan serta sistem perusahaan. Chainlink telah menjana nilai transaksi berjumlah puluhan trilion dalam ekonomi blockchain, menyokong pelbagai kegunaan penting seperti DeFi, perbankan, aset dunia sebenar yang ditokenisasi (RWA), rentas rantaian dan banyak lagi. Chainlink digunakan secara meluas oleh infrastruktur pasaran kewangan utama, institusi terkemuka serta protokol DeFi teratas seperti Swift, Euroclear, Mastercard, Fidelity International, UBS, ANZ, Aave, GMX, Lido dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut di chain.link.

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk pada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c4e5a9d4-f8f8-4f1e-bfaf-903019485c67


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions